1 Feb 2015
DATUK SYAITAN,ROGOL CUCU DARJAH 6
1 Feb 2015
by
Unknown
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun disahkan mengandung 7 bulan apabila mengadu sakit perut ketika dia berada di sekolah.
Mangsa yang bakal menduduki peperiksaan UPSR itu mengadu mengalami sakit perut kepada gurunya sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar.
Mangsa sebelum ini cuba merahsiakan dirinya dirogol sebelum semuanya terbongkar selepas dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kehamilan kanak-kanak terbabit telah membongkarkan perbuatan terkutuk datuk tiri mangsa yang dipercayai telah merogolnya sehingga hamil.
Selepas laporan polis dibuat, Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, mangsa yang berusia 12 tahun itu mendakwa dirogol oleh seorang lelaki berusia 63 tahun.
‘’ Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa disahkan mengandung 7 bulan,’’ katanya
Lelaki warga emas itu dipercayai sebagai datuk tiri mangsa. Eshhh.. sanggupnya dia buat benda terkutuk tu demi nak puaskan nafsu dia tu. Kesian kat budak tu.
Hasil daripada siasatan, polis telah pun menahan lelaki warga emas itu di kediamannya di Selandar pada hari yang sama kes dilaporkan
Tags: Dalam Negara , HOT
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Responses to “ DATUK SYAITAN,ROGOL CUCU DARJAH 6 ”
Post a Comment